About Us

    Kidszfun Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 2006. Tujuan syarikat ini ditubuhkan bagi memenuhi kehendak pasaran pendidikan dan pembelajaran peringkat pra-sekolah. Pembangunan pesat negara Malaysia yang terus berkembang sejak tahun 1990'an merubah landskap pendidikan tahap pra-sekolah. Dinamisnya perkembangan disektor ini juga membawa pelbagai implikasi dan kesukaran mendapat bahan-bahan pembelajaran dikalangan peringkat pra-sekolah.

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. 
 
     Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.
  Pendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada pendidikan prasekolah pada tahun 60-an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa, masyarakat mahupun pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa kualiti masa awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment